Saturday 7 April 2012

Domino's oh Domino's!


tengahari td tgh dok santai2 kt umh sambil layan tv tetiba bell bunyi n ade org bagi salam..dlm hati mesti sales gurl or salesman ker..alaaa ni yg malas nk layan nihhh!
lama gak la bell tu berbunyi baru aku jenguk saperkah yg mengganggu ketenanganku diwaktu2 begini errrrrr!!!bila aku buka pintu tengok2 seorg mamat domino's tercegat kt luar gate..xkan aku nk suh dia masuk plk kan..mana la tahu kot2 dia menyamar ker isssshh takut aku..skg mcm2 hal..semua leh jadik!dengan muka kesian dia perkenalkan diri dia dr domino's n dia pun tanya aku pernah mkn domino's x?aku ckp pernah la sekali..(x mau  hipokrit la kan..selama aku hidup aku mmg pernah mkn domino's ni skali jerrr hahaahahaa kesian tol aku kannn..nk kata batak tp dok kt bandar..senang citer aku lg suka pizza laa..ha gituuu hahahaha!


Seleraaa!!!
berbalik2 pd mamat td selepas dia citer sana sini pasal domino's so dia kluarkan satu booklet lah lbh kurang so bg kat aku,aku pun tgok booklet tu mmg byk la offer..aku mmg tertarik la dgn cara dia bercakap meyakinkan aku(mmg pandai mamat ni bercakap..mmg blh jd salesman nih..)dh pung pang pung pang berckp akupun signup booklet tu dgn bayaran rm20..punyalah heppy mamat tu..aku plk cpt kesian dgn orang..aku eceli kesian dgn mamat nih jer..yerla cuba kita kt tmpt dia mesti penat kan ckp2 then org xnk signup..(kira dia bertuah la dpt customer cm aku ni hahahahah:lol;P



mamat nih kata nilai booklet ni eceli RM490 tp disebabkan promotion yg domino's buat so cuma bayar duit signup RM20 jerrrr!!!
lepas signup mamat ni bg booklet tu kt aku..mmg byk la yg offer dlm booklet ni then valid plk blh guna smpi bulan 8..perhhh lama tu peh tu ade plk beberapa keping voucher ''free'' hah lagilah aku xcited nk ke domino's hehehehe:D


ni antara voucher2 yg diberi diskaun..ermmmm tgok pun mmg murah gak la..bolehhh laaaa!
w'pun domino's ni lbh kurang pizza hut jer tp apela salahnyer sesekali aku nk bertukar selera kannn..xkan nk mkn pizza jerr bowingggg arrrrr!!
kiranya aku respect jugaklah dgn domino's ni pandai cari customer dgn cara begini utk meningkatkan sales mereka..



yg kt bawh ni plk antara voucher2 yg ''free''
okey lahhhh can cin cowwww dulu!!nak pg domino's yuuuuuuuuuu!!!!!

Friday 6 April 2012

Perjalanan Hidup


Kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan setiap yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga akhirnya. Itulah yang dinamakan kehidupan. Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi? Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya.
Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini. Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan. Kita perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.” 

Kau Dan Aku Tiada Beza

aku menulis entry ini utk diriku..muhasabah buat diriku yg terkadang sering alpa dengan duniawi..
Kehidupan..makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi ? Lemahnya kitakan ?

Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan...
Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata..

Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa bekerjasama...
( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh berlagak sombong lagi la tu!)

Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...

Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ?
tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir..

Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai, Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku.
Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik...
Kecantikan bukan pada pandangan wajah...

pesanan buat diriku sendiri..dalam memilih TEMAN janganlah kerana:

*KELEBIHANNYA, kerana mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

*KEBAIKANNYA, kerana dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

*ILMUNYA, kerana apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...

*CERIANYA, kerana andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH, dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...

Sesungguhnya musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN...



amin..amin..ya rabbal alamin:)