Friday 6 April 2012

Perjalanan Hidup


Kita sebagai manusia perlu sentiasa beringat, hidup ini adalah satu perjalanan dengan setiap yang ada tidak pernah kekal dan apa yang mendatang akan pergi juga akhirnya. Itulah yang dinamakan kehidupan. Semakin hari, usia kita semakin meningkat dan daripada sebesar tapak tangan, kini mampu mengenal dunia.Daripada membisu daripada berkata-kata, kini petah seribu bahasa, tetapi persoalannya, adakah itu mencukupi? Sebenarnya, banyak lagi perkara harus kita lakukan. Masih banyak kekosongan di dada yang harus kita isi, justeru sentiasalah mencari peluang dalam memantapkan lagi perjalanan hidup yang masih jauh dan tak pasti bilakah penamatnya.
Pandanglah untuk jangka masa panjang. Fikirkan ke mana tujuan kita selepas ini. Seperti serangkap kata-kata yang berbunyi: “Kejayaan itu bukan destinasi, ia adalah satu perjalanan. Kita perlu gambarkan arah ke mana tujuan perjalanan itu.” 

No comments:

Post a Comment