Friday 6 April 2012

Kau Dan Aku Tiada Beza

aku menulis entry ini utk diriku..muhasabah buat diriku yg terkadang sering alpa dengan duniawi..
Kehidupan..makin kita cari jawapan makin kita rasa lemahnya diri kita. Teringat kata² Ustaz, sekelip mata kita, ada kita bersyukur ? Kalau diberhentikan mata kita dari berkelip apa akan terjadi ? Lemahnya kitakan ?

Kehidupan kita ni tiada beza, janganlah kita sombong pada manusia dan semua ciptaan...
Tersentuh hati pabila seorang Ustaz kata..

Janganlah belagak sombong kerana dengan semut pun kita tak mampu menandingi. Kita tetap ada kelemahan tak setanding semut yang sentiasa bekerjasama...
( kena gigit semut pun sakit, kira tak kuat dan tak bleh berlagak sombong lagi la tu!)

Adakah kita setanding ikan dilaut ? Mampu melawan (menahan sakit) mata kail sehingga susah untuk didaratkan. Kalau kita ? usah kata mata kail, kena jarum doktor pun takut (tak mampu tahan sakit)... Renung²lah...

Selalu orang mengeluh, AKU TAK HENSEM AKU TAK CANTIK SIAPA NAK PANDANG SIAPA NAK ?
tiada beza kau dan aku dan dengan sesiapa pun. Cuba renung dan fikir..

Kalau seorang perempuan cantikkkkkkkkkk sesangatlah cantikkkkkkk nih, korek taik hidung depan orang ramai, Apa orang nak kata ? mesti orang kata "eee hodoh sangat aih! dia nih".
Disini dapat menggambarkan tiada beza kau dan aku.
Allah maha pengasih maha penyayang, semua orang cantik jika Akhlaknya cantik...
Kecantikan bukan pada pandangan wajah...

pesanan buat diriku sendiri..dalam memilih TEMAN janganlah kerana:

*KELEBIHANNYA, kerana mungkin dgn 1 KELEMAHAN, kau akan MENJAUHINYA...

*KEBAIKANNYA, kerana dgn 1 KEBURUKAN, kau akan MEMBENCINYA...

*ILMUNYA, kerana apabila dia BUNTU, kau akan MEMFITNAHNYA...

*CERIANYA, kerana andai dia MURAM, mungkin kau akan MENJAUHINYA...

Andai kau ingin berteman.....TERIMALAH dia seadanya kerana ALLAH, dan dia juga MANUSIA BIASA SEPERTIMU...

Sesungguhnya musuh manusia tiada yang lain hanya satu iaitu SYAITAN...



amin..amin..ya rabbal alamin:)

No comments:

Post a Comment